BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 5, 2011

me vs her Infographic


Friday, February 18, 2011

Kematian Yang Indah..subhanallah

D'Masiv - Rindu Setengah Mati (Official HD Video Clip) With Lyrics

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011 (Guest Post)

So what's new in 2011? I'd read news about the new horoscope sign, Serpentarius? And my sign suddenly changed to Pieces? WTF right? Yeah, I know. what a troublesome news on a new year.

My new year resolution for 2011? hmmm... I'm thinking about getting married HAHAHA! I'm serious! HAHAHA!

Alright I'm gonna stop fooling around and end this stupid post. Happy new year btw.

Saturday, October 16, 2010

Project C# (Guest Post)


ini adalah screen shot project C# yang Sham buat untuk mengantikan Finger print access control. Tapi bulan depan Sham nak abis practical dia so ada kemungkinan aku kena take over. jadi sekarang aku tengah busy nak belajar C#.


LoVe..CiNtA...LoVe????...


~: Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan menyeronokan.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Bahasan cinta tak akan pernah habis untuk diungkapkan, kisahnya penuh warna mengundang air mata dan juga pengorbanan. cinta bisa menjadi menyakitkan bilamana tidak ada kesetiaan dan kejujuran...ape pula pendapat ko orang mengenai cinta???...

Wednesday, October 13, 2010


MARGANETS, Ukraine - Seramai 40 orang maut dan 10 lagi cedera semalam apabila sebuah bas dipenuhi dengan penumpang dirempuh sebuah kereta api dekat Kampung Marganets semalam.
Kejadian berlaku apabila bas itu sedang melintasi sebuah landasan kereta api dekat Kampung Marganets.
Polis tempatan menyatakan kesalahan dilakukan oleh pemandu bas itu kerana ia melintasi landasan semasa lampu isyarat bernyala merah.

"Pemandu bas itu melanggar lampu suyarat merah sebelum ia dirempuh sebuah kereta api," kata seorang jurucakap polis, Lyudmila Bashmakova. Menurutnya, antara yang maut termasuk kanak-kanak.
Kementerian Dalam Negeri menyatakan dalam satu kenyataan bahawa kereta api itu mengheret bas itu sepanjang 30 meter.
Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych mengisytiharkan hari perkabungan bagi memperingati mangsa kejadian.

"Mangsa-mangsa yang terselamat dapat mengingati mereka menjerit (ke arah pemandu) mengenai bunyi amaran (di landasan) yang memberi petunjuk landasan itu tidak boleh dilalui," kata Menteri Pengangkutan Ukraine, Kostyantyn Efimenko.

Ukraine mempunyai rekod kemalangan jalan raya yang teruk ekoran usia kenderaan dan sikap pemandu tidak mematuhi peraturan jalan raya. - AFP